Geng abang sado imarah masjid

Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Seremban melantik AJK tambahan masjid terdiri daripada kluster sado.
Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Seremban melantik AJK tambahan masjid terdiri daripada kluster sado.
A
A
A

SEREMBAN - Kebiasaannya ahli jawatankuasa masjid (AJK) terdiri daripada golongan yang sudah berusia, namun lain pula di Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, di sini, yang melantik 'geng abang sado' sebagai AJK tambahan.

Inisiatif itu antara lain bertujuan menarik minat golongan muda untuk mendekatkan diri dengan masjid.

Pengerusi Kariah Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamad berkata, geng abang sado atau dikategorikan sebagai kluster sado merupakan antara lima kluster AJK tambahan masjid yang diwujudkan dalam usaha memperluaskan jalinan kerjasama.

"Sebelum ini kita ada kluster bukan Islam dan sekarang kita tambah lagi kluster lain iaitu kluster sado.

"Pada tahun depan kita bercadang menambah tiga lagi kluster iaitu penghantar makanan, kluster penjaja burger dan kluster bisnes online," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, dengan kepelbagaian latar belakang AJK yang dilantik, ia dapat memberi manfaat kepada masjid untuk mendapat idea yang lebih baik.

Shahrul Ridzuan seronok membantu kerja-kerja masjid.
Shahrul Ridzuan seronok membantu kerja-kerja masjid.

Beliau berkata, institusi masjid perlu bersikap terbuka dengan menggunakan pelbagai bentuk pendekatan supaya dapat menarik pelbagai lapisan usia masyarakat Islam untuk datang ke masjid.

Artikel Berkaitan:

"Pada mulanya kita lantik seorang AJK yang merupakan 'kaki gym' dan dari situ timbulnya idea untuk wujudkan kluster geng abang sado supaya jalinan kerjasama yang ada dapat dipertingkatkan.

"Lagipun ini ruang untuk kami menarik minat anak muda datang ke masjid sekali gus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dianjurkan," katanya.

Zulkifli juga berpendapat, institusi masjid jangan terlalu statik atau menggunakan kaedah sama dalam mengimarahkan peranannya.

"Jangan kita fikir nak lantik AJK masjid perlu orang yang ada latar belakang agama sahaja. Bila macam itu, ia seperti kita menutup ruang.

"Sebagai contohnya dengan penubuhan kluster sado ini, salah seorang daripada mereka kita sedang latih untuk jadi bilal masjid selepas melihat kebolehannya.

"Mungkin selama ini mereka berminat, tapi tiada ruang. Sebab itu 'tagline' kita 'tadbir bersama manfaat semua'," katanya.

Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Seremban melantik AJK tambahan masjid terdiri daripada kluster sado.
Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang, Seremban melantik AJK tambahan masjid terdiri daripada kluster sado.

Sementara itu wakil kluster sado, Shahrul Ridzuan Abdul Rahman, 38, berkata, peluang menjadi sebahagian AJK masjid disifatkan sebagai peluang untuknya berubah ke arah lebih baik.

Malah beliau juga mengakui platform diberi dapat mendekatkan lebih ramai golongan muda dengan masjid sekali gus sama-sama dapat memainkan peranan.

"Rasanya tiada lagi mana-mana masjid wujudkan AJK tambahan sebegini. Sebenarnya ramai anak muda yang ingin terlibat sama menyumbang idea dan tenaga kepada masjid, tapi tiada ruang atau dorongan.

"Bila diberi kepercayaan sebegini, ia membuatkan kami rasa peranan orang muda itu diperlukan dan banyak yang kami boleh bantu terutama dalam menggerakkan aktiviti dan program masjid," katanya.

Shahrul Ridzuan
Shahrul Ridzuan