Sila log masuk terlebih dahulu.

Abang sado menangis insaf, dihukum penjara 9 hari lagi

A
A
A
BERITA SEMASA 16 JUN 2023

Lelaki berbadan tegap yang tular menunjal kepala pemandu wanita, menangis keinsafan sebaik dihadapkan sekali lagi ke mahkamah pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, tidak dapat menahan sebak ketika didakwa di Mahkamah Majistret Cameron Highlands atas dua pertuduhan mengasari dua pekerja sebuah restoran di Tanah Rata, Cameron Highlands, 4 Jun lalu.

Penyelia kilang berkenaan mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Dalam rayuannya, Mohammad Zaim Faiz mengaku menyesali akan perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi sikap sedemikian.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263722/berita/semasa/abang-sado-menangis-insaf-dihukum-penjara-9-hari-lagi