Mourinho kecewa Spurs gagal catat kemenangan

Aksi Tottenham Hotspurs (jersi hijau) dan Wolves awal pagi Isninn lalu.
Aksi Tottenham Hotspurs (jersi hijau) dan Wolves awal pagi Isninn lalu.
A
A
A

KEGAGALAN Tottenham Hotspurs mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Wolves di Stadium Molineux pada awal pagi Isnin, nyata mengecewakan pengendali The Lilywhites, Jose Mourinho

Menurut Mourinho, dia nyata kecewa dengan kekalahan berkenaan terutamanya setelah berjaya menjaringkan gol seawal minit pertama perlawanan menerusi Tanguy Ndomble, namun akhirnya pemain Wolves, Roman Saiss menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86.

“Memperolehi satu mata apabila berdepan dengan pasukan seperti Wolves, biasanya bukanlah keputusan yang buruk kerana mereka adalah lawan yang kuat.

“Cuma kali ini, kami telah menjaringkan gol seawal minit pertama dan kemudiannya mendominasi perlawanan tetapi gagal menambah jaringan; sebaliknya lawan pula yang berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86.

“Apa pun, tahniah kepada Wolves yang nyata telah beraksi dengan baik dan memberikan tekanan kepada kami di sepanjang perlawanan,” katanya.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Tottenham Hotspurs kini berada pada kedudukan kelima EPL dengan 26 mata, Wolves di kedudukan ke sebelas 21 mata.

Sementara itu Mourinho menyifatkan aksi berdepan Wolves sebagai satu aksi yang mengecewakan daripada Spurs musim ini.

Katanya, kekecewaan itu sama seperti ketika kita beraksi berdepan Liverpool di mana setelah menguasi perlawanan selama 90 minit, akhirnya kita dikecewakan dengan jaringan daripada lawan.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga telah melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Steven Bergwijn bagi mengisi slot Sergio Reguilon dan Erik Lamela untu mengisi slot Son Heung-Min.

“Di benteng pertahanan pula kita telah bertahan dengan baik. Pemain tahu dan faham arahan saya, tetapi mereka tetap gagal untuk mengekang asakan lawan pada minit-minit akhir perlawanan,” katanya.