Arsenal hilang pemain tonggak

Partey (kiri), hampir pasti tidak beraksi pada perlawanan ini.
Partey (kiri), hampir pasti tidak beraksi pada perlawanan ini.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menegaskan beberapa pemain tonggaknya mengalami kecederaan dan hampir pasti tidak akan diturnkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Brighton di Stadium Falmer pada awal pagi Rabu.

Arteta berkata, masalah kecederaan beberapa pemain The Gunners seperti Thomas Partey, David Luis, Willian dan Gabriel Mertinelli agak membimbangkannya bagi berdepan Brighton.

“Kesemua pemain ini dikesan mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini.

“Partey mengalami kecederaan hamstring, Willlian dan Luiz pula berdepan masalah kesihatan manakala Martinelli pula kini menjalani proses isolasi kerana dikatakan mempunyai kontak rapat dengan individu yang postitif Covid-19.

“Kami berharap agar ujian yang akan dilakukan terhadap Martinelli nanti menunjukkan kesan negatif, ” katanya.

Arsenal masih segar dengan kejayaan menewaskan Chelsea 3-1, di Emirates 27 Disember lalu kini berada pada kedudukan ke-15 EPL dengan 17 mata hasil lima kemenangan, dua seri dan tewas lapan kali musim ini.

Justeru, sudah pasti aksi berdepan Brighton ini akna dimanfaatkan sebaiknya kesebelasan pemain dalam usaha memperbaiki kedudukan pasukan.

Sementara itu, Arteta berkata, Partey hampir pasti tidak akan diturunkan pada perlawanan berdepan Brighton kerana masih belum sembuh daripada masalah kecederaan hamstring yag dialaminya.

Artikel Berkaitan:

berikuta agar Partey dapat segera pulih daripada kecederaan hamstring yang dialaminya.

Bagaimanapun menurut Arteta, pemain Ghana itu hampir pasti tidak akan diturunkan pada aksi berdepan Brighton nanti.

“Kita masih belum boleh menurunkannya (Partey), kerana dia sendiri masih belum memulakan latihan bersama kita..

“Kita akna berikannya beberapa hari lagi untuk berehat kerana selepas aksi berdepan Brighton, kita akan berdepan West Brom pula pada 2 Januari dan seterusnya berdepan Newcastle United bagi saingan Piala FA Inggeris pula, ” katanya.