Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan

Mohd Asri Zakaria dan Zubaidah Shafie menyiram pusara ketiga-tiga anak mereka selepas selamat dikebumikan.
Mohd Asri Zakaria dan Zubaidah Shafie menyiram pusara ketiga-tiga anak mereka selepas selamat dikebumikan.
A
A
A

TANAH MERAH - Jenazah tiga beradik mangsa kemalangan di Jalan Tanah Merah - Pasir Mas, dekat Kampung Bukit Tuku tengahari semalam, selamat dikebumikan.

Tiga jenazah itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Mukim Bukit Gading pada jam 12 tengahari ini.

Cuaca baik mengiringi pengebumian yang dihadiri lebih 200 kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung.

Terdahulu jenazah ketiga-tiga mangsa, Fatin Arina Mohd Asri, 23; Haifa Amira, 22 dan adik mereka Anis Suraya,10 disembahyangkan di Masjid Mukim Bukit Tuku di sini.

Ketika kejadian, adik beradik tersebut dalam perjalanan mengambil ibu saudara mereka yang tinggal berdekatan lokasi kejadian untuk ke hospital.

Artikel Berkaitan: