JKR Kuala Langat tak wajar bersikap 'double standard'

Foto Khairy yang dimuat naik di laman Twitter selepas mengalami kecederaan dalam kejadian pada Ahad.
Foto Khairy yang dimuat naik di laman Twitter selepas mengalami kecederaan dalam kejadian pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak seharusnya bersikap 'pilih bulu' susulan insiden kemalangan membabitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Ahad.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Langat, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata, JKR Kuala Langat perlu lebih adil dengan pengguna lalu lintas lain yang sebelum ini pernah terlibat dengan kemalangan di kawasan seliaan mereka.

Shah Rezza berkata, pihaknya mempersoalkan permohonan maaf dibuat oleh JKR Kuala Langat ke atas Khairy sebelum ini memandangkan menteri sudah mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.

"Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada 'double standard' kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.

"Sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairy cedera langgar lubang ketika berbasikal

Sebelum ini, JKR Kuala Langat menerusi ciapan di laman Twitter memohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan yang menimpanya dipercayai disebabkan jalan berlubang berhampiran Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting.

Khairy pada Ahad memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya berhubung kecederaan dialaminya akibat kemalangan itu yang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.

Artikel Berkaitan: