Kartel daging: Ada pihak ciplak sijil halal Jakim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Marzuk Shaary (kiri) yang menyampaikan Sumbangan Seragam Sekolah Siri 1 kepada 600 penerima di Dewan Hj Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Ahad.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Marzuk Shaary (kiri) yang menyampaikan Sumbangan Seragam Sekolah Siri 1 kepada 600 penerima di Dewan Hj Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan mengesahkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membabitkan industri makanan daging sejuk beku di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, berdasarkan penelitian pihaknya mendapati mereka yang terbabit menipu dengan menggunakan nama syarikat yang mempunyai sijil halal sah mengikut piawaian Jakim.

“Kajian sudah dilakukan memang tidak berlaku mana-mana pegawai Jakim yang cuai dalam bertugas atau tidak melaksanakan prosedur yang betul.

“Ini adalah kes penipuan yang menggunakan nama syarikat yang mengikut piawaian halal ditetapkan oleh Jakim,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Seragam Sekolah Siri 1 kepada 600 penerima di Dewan Hj Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, Jakim mengamalkan prosedur gerak kerja dan syarat ketat bagi kelulusan sijil halal diberikan kepada sesebuah syarikat.

Katanya, perkara itu akan dipastikan berterusan dan antaranya kerajaan akan berusaha supaya jawatan kosong di bahagian yang berkaitan di Jakim diisi.

“Sebelum ini, ada dasar ‘mengecilkan’ jawatan awam menyebabkan kekosongan jawatan pegawai dan penyelia di bahagian terbabit.

“Kekosongan itu akan diisi dan diharap dapat memperkasakan lagi penguatkuasa halal oleh Jakim,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia gempar isu daging import haram

Gudang kartel proses daging babi

Kartel tukar daging haram jadi halal

Artikel Berkaitan: