Penulis blog terkenal meninggal dunia

Penulis blog terkenal Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dilaporkan meninggal dunia pagi Ahad.
Penulis blog terkenal Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dilaporkan meninggal dunia pagi Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penulis blog terkenal Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dilaporkan meninggal dunia pagi Ahad.

Memetik laporan The Vibes, Pengarah Eksekutif Petra News, Datuk Ahirudin Attan berkata, Zakhir, 53, yang juga merupakan Pengarah Petra News pengsan di rumahnya dan dikerjakan ke hospital menggunakan ambulans.

Pengerusi Petra Group, Datuk Dr Vinod Sekhar berkata, beliau terkejut dan merasa sedih atas pemergian Zakhir.

“Kami kehilangan salah seorang daripada kami. Zakhir menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini setelah tiba-tiba pengsan.

“Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya. Tolong doakan keluarganya. Dia berada di tempat yang jauh lebih baik dan bahagia sekarang, kita kini perlu berhadapan dengan kehilangan tiba-tiba ini,” katanya.

Zakhir meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Artikel Berkaitan: