Kereta api tergelincir di Kampung Kurnia

Kereta api yang tergelincir berhampiran Kampung Kurnia pada Sabtu. - Foto IPD Johor Bahru Selatan.
Kereta api yang tergelincir berhampiran Kampung Kurnia pada Sabtu. - Foto IPD Johor Bahru Selatan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kereta api membawa 24 penumpang dilaporkan tergelincir berhampiran Kampung Kurnia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semua penumpang dilaporkan selamat dalam kejadian kira- kira jam 7.49 malam itu.

Menurutnya, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Gemas menghala ke Stesen Johor Bahru Sentral itu sebelum dilaporkan tergelincir di kilometer (km) 752.75-753.25 (arah utara ke selatan) berhampiran dengan Kampung Kurnia.

"Jumlah gerabak yang terlibat membabitkan sebuah gerabak enjin, sebuah gerabak generator dan tiga gerabak penumpang.

"Jumlah kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berada dalam keretapi itu seramai empat orang manakala jumlah penumpang 24 orang. Kesemua mereka tidak cedera dan selamat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Kereta api yang tergelincir berhampiran Kampung Kurnia pada Sabtu. - Foto IPD Johor Bahru Selatan.
Kereta api yang tergelincir berhampiran Kampung Kurnia pada Sabtu. - Foto IPD Johor Bahru Selatan.

Mohd Padzli, pihak KTMB turut memaklumkan berlaku mendapan tanah di landasan yang terletak berhampiran projek landasan berkembar itu sebelum kereta api melalui kawasan terbabit menyebabkan ia tergelincir.

"Kesemua penumpang dan kakitangan KTMB telah dipindahkan menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral," katanya.

Artikel Berkaitan: