Dua lelaki maut nahas lima motosikal

A
A
A

BOTA - Dua lelaki maut, tiga parah dan seorang cedera dalam nahas membabitkan lima motosikal di KM40 Jalan Lumut-Ipoh, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Aidil Hakimie Abd Latid, 19, dan Syed Muhammad Badrul Amin Syed Mohd Nasir, 23, dilaporkan maut.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, seorang tentera, Muhamad Saufi Abd Latid, 22, mengalami pendarahan di kepala akan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi menerima rawatan lanjut.

“Dua penunggang lain, Muhammad Aiman Rusli, 20, patah tangan kanan dan Abu Kassim Mohd Saad, 25, patah kaki kanan.

“Manakala, Mohamad Idham Mohd Mokhtar, 21, hanya cedera ringan. Kesemua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang (HCM),” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kelima-lima kenderaan adalah dari arah Durian Kudung menghala ke Bota.

Keadaan motosikal milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan dua lelaki di Bota, hari ini.
Keadaan motosikal milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan dua lelaki di Bota, hari ini.

“Siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila dua motosikal telah bergesel menyebabkan mangsa dan kenderaan jatuh di atas jalan.

Artikel Berkaitan:

“Tiga motosikal di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal yang terjatuh mengakibatkan kesemua motosikal terseret di pelbagai arah.

“Tiada saksi yang nampak bagaimana dan punca kemalangan ini berlaku,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, akibat kemalangan itu, Aidil Hakimie yang membonceng bersama abangnya maut ditempat kejadian manakala, Syed Muhammad Badrul Amin meninggal dunia ketika menerima rawatan di HCM.

“Mayat mangsa ditempatkan HCM dan bedah siasat dijalankan pada jam 10 pagi ini.

“Setakat siasatan pagi ini, kesemua mangsa tidak merempit kerana tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.