Isteri orang menyorok dalam almari elak ditangkap khalwat

Wanita berusia 41 tahun yang bersembunyi di dalam almari untuk mengelak daripada ditangkap khalwat pada serbuan di Taman Selasih, Kulim pada Jumaat.
Wanita berusia 41 tahun yang bersembunyi di dalam almari untuk mengelak daripada ditangkap khalwat pada serbuan di Taman Selasih, Kulim pada Jumaat.
A
A
A

KULIM - Seorang wanita berstatus isteri orang berusia 41 tahun sanggup bersembunyi di dalam almari pakaian untuk mengelak daripada ditangkap khalwat di rumah sewa kekasihnya di Taman Selasih, di sini pada Jumaat.

Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin berkata, serbuan dibuat pada jam 3.40 petang oleh imam dan pegawai Masjid Taman Selasih selepas mendapat maklumat awam serta akaun media sosial milik lelaki itu yang sering memuat naik hubungan intimnya bersama beberapa isteri orang.

Katanya, selepas salam diberi pintu rumah berkenaan dibuka oleh seorang lelaki India yang turut menyewa di rumah terbabit.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya dibuat di bilik yang ditanda dengan nombor 2 dan menemui lelaki itu di dalam bilik berkenaan, manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari di bilik yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pasangan kekasih yang ditahan diserahkan kepada pegawai penguat kuasa pejabat agama untuk tindakan lanjut selepas ditangkap khalwat pada serbuan di Taman Selasih, Kulim pada Jumaat.
Pasangan kekasih yang ditahan diserahkan kepada pegawai penguat kuasa pejabat agama untuk tindakan lanjut selepas ditangkap khalwat pada serbuan di Taman Selasih, Kulim pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita yang berasal dari Pendang itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, manakala lelaki yang berusia 26 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu masih bujang.

"Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka ditahan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

"Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk dibuat laporan sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa pejabat agama untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: