X

Kindly register in order to view this article
!

Harga petrol RON97, RON95, diesel naik 2 sen seliter

A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing naik dua sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM2.10 seliter, manakala RON95 naik daripada RM1.78 seliter kepada RM1.80 seliter.

“Bagi harga runcit diesel pula naik daripada RM1.96 seliter kepada RM1.98 seliter,” menurut kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!