Yayasan Petronas, PDB edar 100 pek bantuan makanan sempena Hari Natal

Zukilfi (kiri) menerangkan antara sumbangan barangan keperluan harian menerusi program Sentuhan Kasih bersempena sambutan Hari Natal, oleh Yayasan Petronas dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB).
Zukilfi (kiri) menerangkan antara sumbangan barangan keperluan harian menerusi program Sentuhan Kasih bersempena sambutan Hari Natal, oleh Yayasan Petronas dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB).
A
A
A

ALOR SETAR -Yayasan Petronas dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengedarkan sebanyak 100 pek bantuan bekalan makanan dan penjagaan kebersihan diri serta hadiah perayaan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sempena perayaan Hari Natal.

Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara, Zukilfi Othman berkata, pek bantuan itu diedarkan kepada anak-anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan yang telah dikenal pasti dan diselaraskan oleh pihak JKM Kedah.

"Kami harap dengan agihan sumbangan ini dapat membantu mereka serba sedikit dan menceriakan suasana khususnya ketika menyambut perayaan Hari Natal,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan di Pertubuhan Kebajikan Rumah Mentari, di Kulim pada Khamis.

Tambahnya, sumbangan berkenaan sejajar dengan Agenda Kelestarian Petronas dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Malah setiap tahun, bersempena dengan perayaan-perayaan besar di Malaysia, Yayasan Petronas menerusi program Sentuhan Kasih mengedarkan barangan keperluan asas kepada penerima yang kurang bernasib baik untuk membangkitkan kegembiraan dan kesejahteraan mereka,"katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Mentari, Maria Benedicta George mengakui sumbangan terbabit amat bermakna buat penghuni di rumah kebajikan itu bagi menyambut perayaan Hari Natal tahun ini.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Petronas dan JKM negeri atas segala usaha dalam membantu komuniti,” katanya.

Artikel Berkaitan: