Aliran trafik semakin meningkat

Aliran trafik keluar dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung terus meningkat berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung bermula semalam sempena cuti panjang.
Aliran trafik keluar dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung terus meningkat berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung bermula semalam sempena cuti panjang.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Aliran trafik keluar dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung terus meningkat berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung bermula semalam sempena cuti panjang.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata, aliran trafik mula perlahan di lebuh raya terutama dari Kuala Lumpur menghala ke utara pada pagi ini.

"Setakat ini, keadaan trafik dari Slim River menghala ke Sungkai dan di Km 444.9 Rawang Selatan menghala ke Rawang bergerak perlahan akibat kemalangan.

"Trafik juga bergerak perlahan di Sungai Buloh menuju ke Rawang, Bukit Beruntung menghala ke Bukit Tagar dan Tapah ke Gopeng," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, dari selatan ke arah utara pula trafik bergerak perlahan dari Senai ke Kulai, Senawang ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Senawang dan dari utara ke arah selatan trafik juga perlahan dari Putra Mahkota menuju ke Nilai.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula berkata trafik turut perlahan sebelum memasuki Terowong Genting Sempah arah timur.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikm atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: