Penunggang skuter maut kemalangan

Keadaan sekitar kejadian malam tadi.
Keadaan sekitar kejadian malam tadi.
A
A
A

NILAI - Seorang penunggang motorsikal jenis skuter Honda maut selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda malam tadi.

Mangsa , S.Ramadas, 47, menunggang motorsikal tersebut secara sendirian sebelum terlibat kemalangan di Jalan Besar Mantin (simpang Taman Bunga Raya) jam 9. 15 malam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian ini dipercayai berlaku apabila kereta pacuan empat roda itu yang sedang bergerak terus telah dilanggar oleh mangsa .

"Mangsa yang sedang memotong dari arah bertentangan dan memasuki laluan pacuan empat roda.

"Akibatnya, penunggang motorsikal maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah, di kepala," katanya mengesahkan laporan harini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seremban untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Sek 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Manakala pemandu kereta pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: