Polis batal sesi merakam kenyataan Lim Guan Eng

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak polis membatalkan sesi merakam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang seharusnya dijalankan sehari sebelum perayaan Krismas.

Menurut Guan Eng, beliau dimaklumkan bahawa pihak polis telah menetapkan tarikh sesi itu pada tahun 2021.

“Saya telah dimaklumkan oleh peguam saya dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bahawa pihak polis telah membatalkan sesi merakam kenyataan polis saya esok (Khamis) dan akan menetapkan satu tarikh baru pada tahun hadapan.

“Terdahulu pihak polis telah menetapkan 10 pagi 24 Disember 2020 di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL) Pulau Pinang untuk sesi merakam kenyataan saya berkaitan dua kenyataan media oleh saya pada 2019,” katanya melalui siaran di akaun Facebook miliknya pada Rabu.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau turut menerima pesanan teks daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang memohon maaf berkenaan perkara tersebut.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan murah hati telah memohon maaf dalam satu pesanan teks kepada saya atas kekhilafan pegawai beliau menetapkan sesi merakam kenyataan saya pada sehari sebelum Krismas.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas ucapan Krismas beliau kepada saya dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, pihak polis menjalankan satu siasatan terhadap Guan Eng berhubung dua kenyataan yang dibuat oleh beliau pada 2019.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis telah menetapkan tarikh sesi merakam kenyataan tersebut pada Khamis.