Silap besar jika Arsenal pecat Arteta

Guardiola (kanan) bersama Arteta.
Guardiola (kanan) bersama Arteta.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola percaya Arsenal melakukan kesilapan besar sekiranya mereka membuat keputusan untuk memecat pengendali sedia ada, Mikel Arteta.

Menurut Guardiola, biarpun Arsenal kini dilihat mempamerkan aksi tidak menentu khususnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain gagal mara ke saingan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini, namun Arteta perlu terus diberikan kepercayaan untuk mengemudi kelab berkenaan.

“Mereka (Lembaga Pengarah Arsenal) membuat kesilapan besar jika memecat Arteta. Saya percaya, dia (Arteta) akan terus diberikan kepercayaan.

“Saya faham jika Arteta dipecat berdasarkan kepada analisis terkini pasukan tetapi saya pernah bersama dengannya bagi beberapa tahun dan saya tahu kemampuannya.

“Cuma ia memerlukan masa dan saya pasti dia akan mampu mengemudi pasukan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Guardiola menyaksikan kesebelasan anak didiknya ‘membenam’ Arsenal 4-1 di Emirates untuk mara ke saingan separuh akhir EFL pada awal pagi Rabu.

Sementara itu Guardiola berkata, pihak lembaga pengarah perlu terus memberikan peluang untuk Arteta mengemudi skuad The Gunners itu.

Malah katanya, mereka (Lembaga Pengarah) juga seharusnya memberikan Arteta nasihat dan keyakinan ketika ini.

Artikel Berkaitan:

“Dalam situasi pandemik (Covid-19) hari ini, pasukan akan berdepan masalah kecederaan, dan kami pula sebagai pengurus perlu memastikan kejayaan pasukan.

“Bagaimanapun hari ini, bola sepak berubah dengan cepat walaupun hanya dalam tempoh seminggu sahaja,” katanya.