Pelancongan kunjung Pulau Pinang

A
A
A

Orang ramai mula mengunjungi pantai Batu Ferringhi selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tamatkan di sebahagian besar negeri Penang pada 6 Disember lepas.

Menurut seorang pelancong dari Johor, Hazrin Ahmad, 43, yang membawa ahli keluarganya seramai lapan orang bercuti di Pulau Pinang selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, anak-anaknya terlalu seronok semasa bermandi-manda di tepi pantai Batu Ferringhi selepas hampir sembilan bulan tidak melancong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan pelancong domestik setelah PKPB ditamatkan di sebahagian besar negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang (PETACE), Yeoh Soon Hin berkata, kadar penghunian hotel di negeri ini telah meningkat dalam dua minggu terakhir.

Dimana penghuni hotel di kawasan pantai Pulau Pinang meningkat sehingga 82 peratus manakala di kawasan bandaraya 51 peratus.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kompleks Imam al-Bukhari

No Image Caption
GALERI

Larian Bersama Bomba 2024

No Image Caption
GALERI

Karnival Agro Pelancongan Perak PAC 2024

No Image Caption
GALERI

Desaru Coast Sprint Triathlon