Mali rampas 88 jongkong emas bernilai RM34.44 juta

Mali antara negara pengeluar emas utama dunia. -Foto 123rf
Mali antara negara pengeluar emas utama dunia. -Foto 123rf
A
A
A

BAMAKO - Pegawai-pegawai kastam di selatan Mali merampas sejumlah jongkong emas bernilai AS$8.5 juta (RM34.44 juta) dari dalam sebuah kereta, kata beberapa pegawai semalam.

Emas seberat 143 kilogram itu didakwa akan dihantar ke negara jiran, Guinea.

Sempadan Mali mudah menjadi laluan penyeludup dan rampasan emas kerap kali dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sebanyak 88 jongkong emas itu ditemui pada malam Sabtu lalu dan akan dieksport tanpa pengetahuan para pegawai kastam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mali, Amidou Fakourou Bakagha.

"Ia (eksport tanpa pengetahuan pegawai-pegawai kastam) mungkin akan menjejaskan ekonomi kami," tambahnya.

Mali yang miskin dan terletak di barat Afrika merupakan pengeluar emas kelima terbesar di benua itu, kata Bank Dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: