X

Kindly register in order to view this article
!

Kos vaksin Pfizer: KJ sangkal kenyataan Kit Siang

Khairy dalam ciapan Twitter beliau hari ini menyangkal kenyataan Kit Siang berhubung perbandingan kos vaksin Pfizer yang perlu dibayar negara.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berhubung perbandingan kos vaksin Pfizer yang perlu dibayar negara.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, peruntukan RM3 bilion yang disediakan kerajaan untuk mendapatkan vaksin itu adalah untuk kira-kira 70 peratus warga Malaysia.

“RM3 bilion merupakan anggaran keseluruhan kami untuk dapatkan bekalan sekurang-kurangnya untuk 70 peratus daripada penduduk. Kenyataan anda adalah tidak tepat,” ciapnya di Twitter hari ini.

Kit Siang dalam kenyataannya pada Isnin mempersoal mengapa kerajaan memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin untuk 6.4 juta rakyat Malaysia.

Beliau turut membuat perbandingan dengan pendedahan menteri dari Belgium bahawa harga vaksin tersebut 20 kali ganda lebih murah daripada harga sebenar.

Sementara itu, berhubung vaksin untuk 20 juta lagi penduduk, Khairy sebelum itu berkata, rundingan dengan sejumlah pengeluar vaksin masih berjalan.

"Tiada tarikh akhir. (Rundingan) sedang berjalan. Permintaan tinggi, bekalan pula terhad. Negara kaya memiliki banyak wang dan membeli (vaksin) dengan banyak. Saya berpuas hati dengan kedudukan Malaysia (dalam hal ini),” ciapnya.

Pada 24 November lalu, Malaysia mengumumkan akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.

Khairy pada 4 November lalu pula berkata, kementeriannya menganggarkan keperluan RM3 bilion pada tahun hadapan untuk bekalan vaksin Covid-19 bagi sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan meterai perjanjian beli vaksin Covid-19 Isnin ini

Covid-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari

Vaksin Pfizer berkesan 95 peratus: Khairy


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!