Kurma Sejok dapat permintaan tinggi

Mohammad Ilham (kiri) dan Muhamad Taufiq Firdaus menunjukkan produk Premium Kurma Sejok IlhamTaufiq yang mendapat permintaan tinggi sejak dipasarkan di Malaysia pada Mac lalu.
Mohammad Ilham (kiri) dan Muhamad Taufiq Firdaus menunjukkan produk Premium Kurma Sejok IlhamTaufiq yang mendapat permintaan tinggi sejak dipasarkan di Malaysia pada Mac lalu.
A
A
A

BERITA baik kepada orang ramai yang mahu menjana pendapatan tambahan kerana syarikat pengedar tunggal kurma segar sejuk Mesir di negara ini, Ilhamtaufiq sedang mencari lebih ramai stokis dan ejen pengedaran.

Kurma jenis Ruthob Mesir berjenama Premium Kurma Sejok IlhamTaufiq itu merekodkan jualan membanggakan sejak ia dipasarkan syarikat berkenaan di Malaysia bermula Mac lalu.

Pengarah Pemasarannya, Mohammad Ilham Nordin berkata, rekod jualan membuktikan kurma segar tersebut mudah dijual kerana tiada di Malaysia dan berbeza dengan produk kurma kering yang banyak dijual di mana-mana kedai.

Menurutnya, syarikatnya mencatatkan purata jualan produk kurma sejuk itu sebanyak lima tan sebulan walaupun bukan pada bulan Ramadan dan pada bulan Ramadan, ia boleh mencecah 10 hingga 15 tan sebulan.

Sekotak produk kurma segar dijual pada harga RM35.
Sekotak produk kurma segar dijual pada harga RM35.

“Kami mula mengedarkan kurma ini di Malaysia semasa bulan puasa, Mac lalu. Pada peringkat permulaan, hanya dalam tempoh seminggu selepas tempahan dibuka, kami sudah dapat tempahan sebanyak 1.5 tan kurma.

“Permintaan untuk kurma sejuk ini sangat tinggi kerana ia adalah buah kurma segar jadi bagi mereka yang pernah menunaikan ibadah haji dan umrah serta pernah makan kurma ini di Tanah Suci, mereka akan beli,” katanya kepada Sinar Harian pada temubual di sini baru-baru ini.

Mohammad Ilham, 28, berkata, peluang menikmati buah kurma segar itu sekali gus mengubati kerinduan menunaikan ibadah umrah dan haji bagi pembeli kerana peluang itu tidak dapat dirasai tahun ini disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, setakat ini syarikatnya yang diusahakan bersama abang ipar, Muhamad Taufiq Firdaus Ishak, 27, dan adiknya, Nabilah Hanis Ishak, 26, mempunyai empat stokis dan 55 ejen pengedaran.

Justeru katanya, syarikatnya menyasarkan untuk menambah jumlah ejen pengedar kepada 300 orang di seluruh Semenanjung sebelum Ramadan tahun hadapan.

Idea tercetus dari Instagram

Sementara itu, Nabilah Hanis yang juga Pegawai Bahagian Pemasaran dan Media Sosial Ilhamtaufiq memberitahu, idea untuk memasarkan kurma segar sejuk itu di negara ini timbul apabila dia melihat kurma itu dipromosikan di laman Instagram.

“Saya tertarik dengan kurma ini kerana ia tidak dijual di Malaysia sebelum ini. Tetapi waktu saya beli dengan pembekal, kurma itu tiada jenama.

“Lepas itu kami tempah terus kurma ini dari Mesir dan mengedarkannya menggunakan jenama IlhamTaufiq iaitu gabungan nama suami dan abang kandung saya,” katanya.

Setiap biji kurma segar Mesir ini bersaiz besar.
Setiap biji kurma segar Mesir ini bersaiz besar.

Menurutnya, pada peringkat awal mereka sebenarnya mendapat permintaan tinggi yang tidak mampu dipenuhi kerana produk kurma itu tidak boleh dipos bagi mengelakkan ia rosak.

“Memandangkan kami pasarkan buah kurma segar yang disejuk bekukan untuk menjaga kualitinya, proses penghantaran kepada pembeli di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hanya boleh dilakukan dengan khidmat ‘runner’.

“Sebab itu juga kami memerlukan ramai stokis dan ejen. Untuk hantar stok kepada ejen kami hantar guna bas,” katanya yang juga pemegang Ijazah Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain menjual kurma segar, katanya, Ilhamtaufiq turut memasarkan produk kurma kering iaitu Ajwa dan Medjool, kekacang dan ikan bilis (dari Langkawi dan Pangkor).

Ada gudang, bilik sejuk beku

Dalam pada itu, Muhamad Taufiq Firdaus yang juga Pengarah Urusan dan Logistik Ilhamtaufiq berkata, bagi memudahkan penyimpanan dan pengedaran produk kurma segar berkenaan pihaknya mempunyai gudang simpanan di Kajang dan bilik sejuk beku atau coldroom di Bangi.

Katanya, stokis dan ejen yang berminat untuk memasarkan kurma IlhamTaufiq perlu memiliki peti sejuk beku.

Kesegaran isi kurma sejuk yang dibelah.
Kesegaran isi kurma sejuk yang dibelah.

“Kurma segar yang merupakan makanan sunnah ini mempunyai rasa yang sedap, buahnya bersaiz besar iaitu ada antaranya boleh mencapai lima sentimeter panjang dan mempunyai banyak khasiat. Jadi ia memang senang dijual.

“Kurma segar ini juga boleh dijadikan diet harian. Ia boleh dikisar dengan susu segar untuk diminum setiap pagi bagi menambah tenaga,” katanya.

Tambahnya, setiap kotak kurma segar seberat 500 gram dijual hanya pada harga RM35 dan sekiranya tiga kotak harganya lebih murah iaitu RM100.

Muhamad Taufiq Firdaus menjelaskan, bagi mengembangkan lagi pasaran, pihaknya juga bercadang untuk memasarkan produk kurma sejuk tersebut di pasar raya, kedai dan stesen minyak pada masa akan datang agar ia lebih muda didapati.

Katanya, orang ramai yang berminat untuk membeli, menjadi stokis, atau ejen boleh berhubung menerusi Instagram KURMASEJOK, Facebook ILHAMTAUFIQ. HQ atau WhatsApp ke talian 012-3646027 (Ilham) dan 018-2582418 (Taufiq).