PH perlu langkah segera demi kembalikan kepercayaan Orang Melayu

Chean Chung mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada tetamu yang hadir ke rumahnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama pada Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di rumahnya di sini, hari ini.
Chean Chung mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada tetamu yang hadir ke rumahnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama pada Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di rumahnya di sini, hari ini.
A
A
A
KUANTAN - Langkah segera perlu dicari dalam mengembalikan semula kepercayaan hampir 60 peratus orang Melayu yang tidak mempercayai kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre dan juga Penang Institute.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, pentadbiran PH perlu kembali kepada asas dalam meneliti dan mencari jalan untuk membuat rakyat kembali percaya.

Menurutnya, isu itu tidak seharusnya dipandang ringan sebaliknya memerlukan penyelesaian supaya ia tidak bertambah teruk.

"Saya yakin ini hanya bersifat sementara yang mana mereka kecewa dengan beberapa menteri atau mungkin dasar yang tidak nampak hala tuju dengan jelas.

"Kita perlu meletakkan keutamaan terhadap perkara ini yang perlu diatasi segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PH," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di rumahnya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Chean Chung yang juga Adun Semambu berkata, PH juga perlu memberi tumpuan kepada aspek pengagihan dan perkembangan ekonomi memandangkan rakyat semakin dibebani dengan peningkatan kos sara hidup sejak awal tahun lepas.

"Walaupun GST telah dimansuhkan namun tidak cukup untuk kita atasi masalah kesusahan rakyat sejak zaman pemerintahan kerajaan terdahulu.

"Kerajaan perlu mencari langkah lain dan menyediakan dasar ekonomi menyeluruh untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, beliau berharap rakyat Malaysia bersikap lebih matang dan mempunyai keyakinan diri lebih baik dalam berhadapan dengan 'isu sensitif yang tular sebagai unsur lawak'.

Artikel Berkaitan:

"Saya ada post tentang sambutan Tahun Baharu Cina dan ada post perkatan tahun Cina Babi tapi dia besarkan perkataan Cina dan babi itu.

"Tapi saya lihat ramai yang share post tersebut, kita tak rasa sensitif sebab bagi kita itu satu lawak, jadi kematangan dan penyatuan rakyat sangat penting bagi kita menjaga keharmonian sesama kaum," katanya.