Kenyataan akhbar Anwar letak jawatan palsu: Ahmad Fahmi

Kenyataan akhbar yang mendakwa Anwar meletak jawatan sebagai ketua pembangkang.
Kenyataan akhbar yang mendakwa Anwar meletak jawatan sebagai ketua pembangkang.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengesahkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan adalah palsu.

Kenyataan akhbar itu mendakwa, Anwar akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang ekoran gagal dalam undian belah bahagian ketika bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.

PH kini dipercayai berhadapan krisis selepas usaha gabungan parti pembangkang itu untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal.

Ekoran daripada itu, timbul desakan daripada beberapa pihak supaya parti itu melakukan perubahan dan kembali bersatu semula untuk menghadapi pilihan raya umum.

Artikel Berkaitan: