Perikatan Nasional tubuh Majlis Presiden

Pemimpin parti-parti dalam kerajaan PN mengadakan pertemuan bagi membincangkan tentang penubuhan Majlis Presiden hari ini.
Pemimpin parti-parti dalam kerajaan PN mengadakan pertemuan bagi membincangkan tentang penubuhan Majlis Presiden hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing.

Menurut Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, penubuhan majlis tersebut adalah platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

"Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan PN juga ditubuhkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam kerajaan PN yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: Perikatan Nasional setuju cadang bentuk Majlis Presiden

Ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Profesor Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili; Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Haji Awang Tengah; Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Edward Dagul.

Selain itu, Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Paul Igai; Setiausaha Agung MIC, Datuk Asojan Muniyandy dan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi.

Artikel Berkaitan:

Pada mesyuarat itu juga, parti-parti terbabit turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mungkin sudah tiba masa Majlis Presiden diwujudkan'

PN bakal bentuk Majlis Presiden

Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO: Ahmad Maslan

Cadangan penubuhan Majlis Presiden zahir keterbukaan PM: Azmin