Empat lelaki menyamar pegawai kanan SPRM, TPR diberkas

Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 22 Disember depan.
Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 22 Disember depan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Empat individu yang masing-masing menyamar sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) ditahan selepas dipercayai meminta wang suapan RM60,000 kononnya bagi menyelesaikan kes siasatan suruhanjaya itu.

Tiga lelaki berusia 39 hingga 54 tahun itu diberkas dalam satu perangkap di sebuah hotel di Putrajaya pada jam 4.30 petang pada Rabu manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Melaka pada jam 8.30 malam.

Perancang utama yang dikenali sebagai Datuk Roy yang mengaku sebagai Pengarah SPRM turut ditahan bersama-sama dua yang lain di hotel berkenaan.

Menurut sumber, keempat-empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM dan TPR telah meminta wang rasuah kononnya bagi menukarkan pertuduhan ke atas pengadu kepada seksyen kesalahan lebih ringan dan membuka semula akaun pengadu yang dikatakan dibekukan oleh SPRM.

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan mengikut seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Datuk Azmi Kamaruzaman
Datuk Azmi Kamaruzaman

Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 22 Disember depan.

Dalam pada itu, SPRM menggesa semua pihak berhati-hati dengan individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai SPRM bagi meminta wang rasuah untuk menyelesaikan kes siasatan SPRM.

Artikel Berkaitan:

Kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini memandangkan tindakan tegas agensi itu menerusi pelbagai operasi yang dijalankan.