Maafkan kami, Tun M!

Dr Mahathir (kiri) dan Tengku Razaleigh ketika mengadakan sidang media pada Isnin. - Foto Bernama
Dr Mahathir (kiri) dan Tengku Razaleigh ketika mengadakan sidang media pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SEHARI sebelum bacaan ketiga ‘Bujet’ 2021, Tun mantan Perdana Menteri buat sidang media dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Mereka begitu yakin bahawa kerajaan PN akan tumbang selepas bacaan ‘bujet’ kali ketiga.

Melihat dua orang tokoh veteran ini muncul bersama, banyaklah yang bertanya, wayang apa pula kali ini?

Ada yang nak tahu apakah politik negara masih perlukan tokoh lama seperti mereka untuk menyelamatkan kita semua?

Maafkan rakyat, ini bukan bermakna mereka tak diperlukan atau hilang hormat pada mereka berdua. Rakyat pun tahu dulu mereka musuh ketat.

Ku Li hampir-hampir kalahkan Tun M dalam pemilihan UMNO 33 tahun lalu.

Jikalau tengokkan ramalan mereka memang hebat. Macam Tuk Seri Anwar juga, mereka dakwa ada jumlah untuk tolak ‘bujet’ dan tumbangkan kerajaan PN.

Mereka kata mereka “bukan di bawah Tuk Seri Anwar” dan tak mahu kerja dengan Bossku Tuk Seri Najib dan Tuk Seri Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan:

Tun mantan Perdana Menteri pun tawarkan dirinya jadi PM kalau PN ditumbangkan.

Awang tak terkejut dengan kenyataan itu. Ada kalanya pemimpin politik tak tahu bila nak berhenti berpolitik.