Kenyataan palsu jejas nama baik Istana Perak

Mohd Annuar membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat terhadap kenyataan palsu yang tular di Facebook hari ini.
Mohd Annuar membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat terhadap kenyataan palsu yang tular di Facebook hari ini.
A
A
A

IPOH - Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini hari ini membuat laporan polis terhadap satu kenyataan palsu berunsur fitnah terhadapnya yang tular di Facebook.

Beliau menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas akan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak.

"Itu kenyataan palsu. Saya syak ada individu cuba memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti saya sebagai Ahli Dewan Negara Perak.

"Saya tidak pasti siapa yang cuba menularkan kenyataan tersebut yang boleh menjejaskan nama baik pihak Istana Perak khususnya dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk negeri,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kampung Rapat di sini.

Kenyataan palsu tular di Facebook hari ini.
Kenyataan palsu tular di Facebook hari ini.

Kenyataan tular daripada Facebook berkenaan dibaca: ‘Lima lagi Exco Perak angkat sumpah petang ini. Namun, pelantikan itu tidak melibatkan ADUN Pas, kata Mohd Annuar Zaini. Cukup dah 10 Exco. Amacam?'

Mohd Annuar berkata, setiap pihak harus bertanggungjawab selain beretika menyiarkan berita berdasarkan fakta yang benar.

“Saya dilihat sebagai jurucakap bagi pihak istana jadi seolah-olah apa yang ditularkan, orang akan percaya. Realitinya dua orang ADUN Pas telah diperkenankan oleh Sultan Perak.

Artikel Berkaitan:

“Dalam kenyataan saya tidak sebut pun siapa lima ADUN tersebut kerana waktu itu saya pun tidak tahu. Saya rasa setiap pihak harus bertanggungjawab. Sudah cukuplah kita menimbulkan polemik fitnah,” katanya.