Dua ADUN Pas kembali dilantik sebagai Exco Perak

Razman, Mohd Akmal
Razman, Mohd Akmal
A
A
A

IPOH - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas antara yang dilantik semula sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak hari ini.

ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini.

Selain mereka, dua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) turut kembali dilantik sebagai Exco.

Abdul Yunus
Abdul Yunus

Seorang lagi Exco dilantik ialah ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud yang merupakan wakil rakyat daripada UMNO.

Pada 10 Disember lalu, Sultan Nazrin berkenan melantik lima Exco Perak selepas ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Pelantikan tersebut menampilkan satu muka baharu mewakili Bersatu iaitu ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin selain mengekalkan empat Exco terdahulu iaitu Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota) masing-masing mewakili UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima lagi ADUN angkat sumpah Exco Perak hari ini

Baki lima Exco Perak terserah perkenan Sultan Nazrin: Saarani

[EKSKLUSIF] Isu Exco Perak: Status quo Pas, Bersatu kekal

Artikel Berkaitan: