Bayi ditikam bapa ditempatkan di bawah jagaan JKM

Laporan Sinar Harian mengenai bayi perempuan yang parah ditikam bapa sendiri Sabtu lalu.
Laporan Sinar Harian mengenai bayi perempuan yang parah ditikam bapa sendiri Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bayi perempuan berusia 18 bulan yang cedera parah ditikam bapanya dalam kejadian di sebuah flat di Puchong Permai, Subang Jaya pada Sabtu lepas kini diserahkan dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, bayi itu yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Abd Khalid berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku akibat tekanan yang dialami suspek kerana berpisah dengan isterinya iaitu ibu mangsa pada tahun lepas selain pengaruh dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 18 bulan parah ditikam bapa

“Bekas isteri suspek telah dikenal pasti dan dimaklumkan mengenai kejadian itu. Walaupun sudah bercerai tetapi wanita berkenaan (bekas isteri suspek) dilaporkan masih berhubung dan tinggal berdekatan rumah nenek mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki tersebut dipercayai menikam perut bayi perempuannya menggunakan sebilah pisau pemotong roti.

Artikel Berkaitan:

Suspek berusia 27 tahun tersebut yang ditangkap tidak lama selepas kejadian direman lima hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi ditikam bapa dalam keadaan stabil

Kementerian kenal pasti punca bapa tikam bayi