X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan PN lalui ujian getir di Parlimen hari ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika hadir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, semalam. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perikatan Nasional dijangka melalui ujian getir apabila pembangkang cuba melakukan usaha terakhir untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Persidangan di Dewan Rakyat hari ini akan dimulakan dengan sesi soal jawab diikuti dengan penggulungan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selepas penggulungan kedua-dua kementerian tersebut, Tengku Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 untuk diluluskan.

Selepas itu, semua Ahli Parlimen akan memberikan undian sama ada menyokong ataupun menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh kerajaan PN.

Dipercayai pembangkang akan mengemukakan undi belah bahagi bagi memutuskan sama ada belanjawan itu diterima atau ditolak.

Sekiranya Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan, ia akan dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan PN telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen bagi mentadbir negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan berisiko tumbang esok: Dr Mahathir

Bagaimanapun, berdasarkan undian yang dilakukan sebelum ini, kedudukan Kerajaan PN masuh kukuh selepas semua pengundian memihak kepada kerajaan.

Bagaimanapun, petang semalam, dua pemimpin politik veteran negara, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah membayangkan kerajaan PN bakal hilang majoriti melalui undian bacaan kali ketiga itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!