Bayi ditikam bapa dalam keadaan stabil

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Bayi perempuan berusia 18 bulan yang parah ditikam bapanya di sebuah rumah di Puchong Permai semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus membuat pemantauan rapi dan memberikan rawatan yang diperlukan.

“Sama-samalah kita mendoakan agar pesakit segera sembuh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Program Perubatan KKM hari ini.

Terdahulu, bayi berkenaan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang sebelum dibawa ke Hospital Tunku Azizah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya telah menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa.

Ketika kejadian, suspek yang berusia 27 tahun bersama anaknya di rumah dikatakan telah mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam perut anak perempuannya itu.

Pihak polis masih lagi menyiasat motif kejadian dan memeriksa sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN Bayi 18 bulan parah ditikam bapa

Artikel Berkaitan: