Dr Jomo Tokoh Akademik Negara

Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
A
A
A
PUTRAJAYA - Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara, dalam Majlis Anugerah Akademik Negara ke 12 sebentar tadi.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pensyarah UM, Prof Madya Dr Roslan Mohd Nor menerima Anugerah Penerbitan Buku; Pensyarah UiTM, Mohd Faizul Noorizan (Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Kraf); Pensyarah UKM, Prof Madya Dr Mawar Safei (Anugerah Seni dan Kreatitivi (Kelompok Penulisan Kreatif), dan Pensyarah UPM, Prof Madya Dr Wan Zuhainis Saad (Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Tulen).

Sementara Pensyarah UUM, Prof Madya Dr Fauziah Abdul Rahim menerima Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan) dan Pensyarah UM, Prof Madya Juan Joo Ching menerima Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada para cendekiawan Malaysia yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.
Artikel Berkaitan: