X

Kindly register in order to view this article
!

Kakitangan JKR maut kemalangan

Kemalangan yang mengakibatkan seorang maut dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Kampung Bendang Luas pagi tadi.
A
A

TUMPAT - [DIKEMASKINI] Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) maut dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Kampung Bendang Luas di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa, Mohamad Shahrul Syazwan Mohd Kham @ Mohd Nafi, 25, yang berkhidmat sebagai pemandu JKR di daerah Kota Bharu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kancil dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Keadaan kemalangan yang berlaku di Kilometer 10, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Kampung Bendang Luas pagi tadi.
Keadaan kemalangan yang berlaku di Kilometer 10, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Kampung Bendang Luas pagi tadi.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dari arah Tumpat menghala ke arah Kota Bharu.

"Apabila sampai di tempat kejadian kereta mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu warga emas berusia 65 tahun dari arah bertentangan.

"Anggota bomba yang tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat dihantar ke Hospital Kelaboran, Tumpat untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, pemandu Mitsubishi Triton yang juga peniaga hanya cedera.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!