Tular penunggang motosikal terjatuh langgar lopak air

Seorang penunggang terjatuh di atas jalan raya selepas motosikalnya melanggar lopak air di Jalan Meru hari ini.
Seorang penunggang terjatuh di atas jalan raya selepas motosikalnya melanggar lopak air di Jalan Meru hari ini.
A
A
A

KLANG - Seorang penunggang terjatuh di atas jalan raya selepas motosikalnya terlanggar lopak air di Jalan Meru hari ini.

Video mengenai kejadian itu yang dipercayai dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang dari sebuah kereta tular di media sosial.

Bagaimanapun keadaan mangsa tidak dapat dipastikan berikutan polis memaklumkan tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian setakat ini.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang dimaklumkan mengenai kejadian itu memaklumkan bahawa pihaknya akan menyiasat kes ini.

Lopak air tersebut bagaimanapun telah dibaik pulih serta-merta hari ini.
Lopak air tersebut bagaimanapun telah dibaik pulih serta-merta hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohktar memaklumkan bahawa tinjauan telah dijalankan di lokasi terbabit.

"Saya ke lokasi kemalangan selepas video itu tular pada hari ini. Kejadian itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang bersebelahan dengan DUN Meru.

"Lopak air itu berpunca daripada paip pecah dan kerja-kerja pembaikan sudah dilakukan oleh Air Selangor.

Artikel Berkaitan:

ADUN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohktar menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya memaklumkan bahawa tinjauan telah dijalankan di lokasi terbabit.
ADUN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohktar menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya memaklumkan bahawa tinjauan telah dijalankan di lokasi terbabit.



"Insya-ALLAH saya cuba sebaiknya membantu walaupun di luar kawasan saya kerana pengguna jalan tersebut majoritinya digunakan oleh warga Meru," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya.