Teguran berbisa Sultan Perak

Sultan Nazrin
Sultan Nazrin
A
A
A

AWANG nak cadangkan semua ahli politik gantung teks ucapan Baginda Tuanku Sultan Perak di pejabat masing-masing.

Biarlah titah Baginda Tuanku semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar jadi amaran pada semua.

Teguran Baginda Tuanku amat pedas lagi berbisa. Awang berharap siapa yang makan lada dialah yang terasa pedas.

Rakyat memang hargai pandangan jujur Baginda Tuanku dan mudahan-mudahan pemimpin politik juga akan ambil iktibar.

Titah Baginda Tuanku peristiwa angkat sumpah Menteri Besar sebanyak tiga kali sejak PRU14 bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

Sebaliknya, ia adalah sejarah kegagalan pimpinan politik.

Dek sebab sibuk berpolitik dan berkonspirasi, pemimpin politik tidak dapat menumpukan perhatian untuk mentadbir urus negeri dengan baik.

Baginda Tuanku juga ingatkan ahli politik jangan aniaya rakyat semata-mata kerana dipengaruhi emosi dendam dan pemikiran politik yang jumud... Mereka jangan khayal di awang-awangan hingga lupa rumput di bumi.

Artikel Berkaitan:

Baginda Tuanku juga mengingatkan apabila gajah dengan gajah berperang, rakyat yang menderita di tengah-tengah.

Yang peliknya yang minta maaf kerana kekecohan di Perak itu ialah Barisan Nasional (BN) sedangkan kita semua tahu dalangnya semua daripada UMNO. MCA, MIC, Gerakan dan parti sekutu BN yang lain berdiam diri sahaja.

Mungkin mereka rela terpalit sama.