Dua anggota polis cedera, MPV dirempuh Myvi

MPV dinaiki dua anggota polis yang dilanggar sebuah Perodua Myvi dari belakang di Mount Austin, Johor Bahru hari ini.
MPV dinaiki dua anggota polis yang dilanggar sebuah Perodua Myvi dari belakang di Mount Austin, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda polis (MPV) yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta dari belakang di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kemalangan pada jam 11 pagi itu berlaku ketika kedua-dua anggota berkenaan sedang bertugas.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi yang gagal membrek dan terlanggar bahagian belakang MPV berkenaan.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, MPV telah terbabas melanggar tiang di tengah pembahagi jalan. Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat.

"Siasatan lanjut masih lagi diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: