Ziyech dan Hudson-Odoi bakal kembali beraksi

Gillmour mengawal bola walau diasak pemain Krasnodar.
Gillmour mengawal bola walau diasak pemain Krasnodar.
A
A
A

DUO berbahaya Chelsea, Hakim Ziyech dan Callum Hudson -Odoi dijangka bakal kembali beraksi setelah disahkan pulih daripada kecederaan hamstring.

Pengendali The Blues Frank Lampard berkata, kecederaan hamstring kedua-dua pemain berkenaan dilihat tidak serius dan dijangka kedua-duanya bakal diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton di Goodison Park, awal pagi Ahad ini.

“Kedua-dua pemain terutamanya Hakim ini diharap dapat segera pulih dan bersedia untuk diturunkan Sabtu ini.

“Mereka telah melalui beberapa ujian dan mendapati tidak mengalami kecederaan yang serius dan mengambil masa untuk pulih dalam tempoh dua minggu.

“Bagi saya, ia adalah satu berita baik buat kami, namun saya tidak pasti dengan Hudson -Odoi kerana tanpa diduga dia telah mendapat kecederaan ketika sesi latihan pasukan baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, Chelsea terikat 1-1 ketika berdepan Krasnodar bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge semalam.

Krasnodar mengejutkan tuan rumah pada minit ke-24 apabila pemainnya, Remy Cabella menyempurnakan sepakan penalti, namun pemain Chelsea, Jorginho menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-28.

Chelsea bagaimanapun sudah pun mengesahkan slot ke peringkat saingan kalah mati lebih awal bersama wakil Sepanyol Sevilla yang turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Rennes, awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Lampard turut kagum dengan aksi pemain berusi 19 tahun, Billy Gilmour yang diberikan peluang untuk beraksi bersama kesebelasan utama Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara.

Menurut Lampar Gilmour telah beraksi dengan cukup baik beradasqrkan kepada statistik pasukan dengan mencatat 83 hantaran dengan ketepatan sebanyak 89.2 peratus selain memiliki 97 peratus sentuhan bola/kawalan bola melebihi pemain-pemain lain di atas padang.

“Gilmour melakukan debut yang sangat baik biarpun baru kali pertama beraksi bersama pasukan utama Chelsea.

“Kita juga belum pasti akan membenarkan Gilmour dipinjamkan ke pasukan lain kerana kami mahu melatih dan beraksi di hadapan mata kita,” katanya.