Terkejut lihat entiti ketukan pintu misteri

Entiti misteri ditemui pada gambar itu. - Foto Mirror UK
Entiti misteri ditemui pada gambar itu. - Foto Mirror UK
A
A
A

LONDON - Seorang lelaki terkejut setelah melihat entiti misteri pada gambar yang dirakamnya menerusi kamera sebaik mendengar ketukan aneh dari arah dapur kediamannya di sini.

Menerusi laporan Mirror UK, lelaki memaklumkan bahawa dia sering mendengar bunyi bising dan ketukan yang kuat dari dapur rumahnya.

Katanya, bunyi itu seperti ada 'individu' yang mengetuk sehingga mengeluarkan bunyi tersebut pada setiap malam.

Dia yang tidak tahan dengan keadaan itu kemudian mengambil keputusan meletakkan kamera dan merakam agar dapat 'menangkap' si pelaku.

Bagaimanapun, selepas melihat rakaman itu, lelaki berkenaan terkejut apabila melihat ada satu entiti misteri berwarna putih seolah menjenguknya dan mengintai di sebalik pintu dapur.

Dia yang panik melihat kejadian itu mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah flatnya.

Gambar misteri itu dimuat naik oleh lelaki tersebut di Reddit dan menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

Pada awalnya ramai yang tidak perasan kewujudan entiti itu sehinggalah salah seorang netizen ‘zoom’ gambar tersebut dengan lebih dekat dan ternyata melihat jelas entiti misteri di sebalik pintu.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, posting itu mendapat lebih dari 1,000 komen tetapi tidak semua orang yakin kewujudan entiti.

Malah ada yang memberi alasan, gambar itu diubah suai agar kelihatan lebih realiti.