Sorok rokok seludup dalam enam van depan rumah

Sebanyak 101,380 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,580 disembunyikan dalam enam van di Jalan Datuk Kumbar semalam.
Sebanyak 101,380 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,580 disembunyikan dalam enam van di Jalan Datuk Kumbar semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua lelaki ditahan bersama 101,380 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,580 yang disembunyikan dalam enam van di hadapan sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Lelaki berusia 45 dan 54 tahun yang dipercayai terlibat untuk menjaga van tersebut ditahan Unit Risikan Marin (URM) kira-kira jam 7.30 malam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pemeriksaan awal ke atas sebuah daripada enam van terbabit menemukan sejumlah karton rokok yang disembunyikan.



Dua lelaki ditahan bersama 101,380 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,580 yang disembunyikan dalam enam van di hadapan sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar semalam.
Dua lelaki ditahan bersama 101,380 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,580 yang disembunyikan dalam enam van di hadapan sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar semalam.

"Susulan itu, pasukan URM bertindak memeriksa kesemua enam buah van dan menemukan 101,380 batang rokok pelbagai jenama.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua rokok terbabit disyaki tiada cukai kastam dan dipercayai ingin diseludup ke pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosman berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk enam buah van berserta nilai cukai rokok adalah sebanyak RM453,580.

Katanya, siasatan awal mendapati stor penyimpanan rokok seludup ini berkemungkinan berpusat di Pulau Pinang dan menjadi pembekal untuk kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Kedah dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967," katanya.