Bekalan air di 664 kawasan di Lembah Klang pulih

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air di 664 daripada 861 kawasan di Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak awal pagi semalam telah berjaya dipulihkan setakat jam 6 padi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, daerah Kuala Selangor pulih sepenuhnya diikuti Petaling mencatat 99 peratus pemulihan, Kuala Lumpur (95.5 peratus), Hulu Selangor (82.6 peratus), Klang/Shah Alam (61.8 peratus), Gombak (61.7 peratus) dan Kuala Langat (50 peratus).

Beliau berkata, usaha bagi menstabilkan sistem bekalan air di baki 197 kawasan yang masih lagi terjejas, kini sedang dipergiat.

“Bantuan bekalan air alternatif melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS), masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terjejas.

“Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Gangguan bekalan air itu berlaku disebabkan pencemaran air mentah dikesan di Sungai Selangor yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas semalam. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan air: Bekalan dijangka pulih bermula jam 3 petang ini

Artikel Berkaitan: