Gangguan air: Bekalan dijangka pulih bermula jam 3 petang ini

Bekaln air di beberapa kawasan akan mula pulih secara berperingkat bermula jam 3 petang ini.
Bekaln air di beberapa kawasan akan mula pulih secara berperingkat bermula jam 3 petang ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dijangka akan kembali pulih secara berperingkat bermula jam 3 petang ini.

Difahamkan, gangguan itu adalah melibatkan 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pemulihan sepenuhnya gangguan berkenaan adalah dijangka pada jam 11.59 malam esok.

"Henti tugas loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 886,297 akaun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada gangguan bekalan air walau LRA dihenti tugas: MB Selangor

Pencemaran air: 4 LRA Selangor beroperasi semula

Mengulas lanjut, Elina berkata, Air Selangor akan menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Katanya, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Artikel Berkaitan:

"Air Selangor mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

"Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor," katanya.

Terdahulu, Air Selangor menerusi kemas kini di laman Facebook memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, dan LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 di sini, terpaksa dihenti tugas pada jam 11.30 malam tadi berikutan pencemaran sumber air mentah.

Bagaimanapun, LRA LRA Rantau Panjang telah mula beroperasi semula jam 3.30 pagi tadi, manakala LRA SSP 1, 2 dan 3 pula pada jam 5 pagi tadi selepas bacaan bau 0 ton direkodkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kemas kini di laman Facebook pagi tadi turut memaklumkan insiden berkenaan adalah dirancang bagi menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.