Lima penjawat awam sertai parti liar positif dadah

Antara yang ditahan dalam parti liar di sebuah kondominium di Bukit Bintang hari ini.
Antara yang ditahan dalam parti liar di sebuah kondominium di Bukit Bintang hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 15 individu termasuk lapan wanita yang menyertai parti liar di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini hari ini.

Difahamkan, parti berkenaan diadakan sempena sambutan hari lahir salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesemua yang ditahan pada jam 4 petang itu berusia berusia antara 20 hingga 40 tahun dan salah seorang daripadanya merupakan penganjur parti liar berkenan.

Beliau berkata, siasatan mendapati 12 daripada mereka termasuk lima penjawat awam positif dadah.

"Kondominium itu disewa pada harga RM1,100 sehari. Tempahan unit dibuat secara dalam talian dan mereka berkongsi wang untuk membayar sewa dan deposit," katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, mereka disyaki mencampurkan dadah jenis MDMA ke dalam jus minuman dalam parti liar itu.

"Kesemua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Mereka juga telah dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO 8) (PINDAAN) (NO 4) 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: