Kereta Myvi milik pengacara televisyen dilapor hilang

Gambar kereta milik seorang pengacara televisyen yang dilaporkan hilang telah tular di media sosial.
Gambar kereta milik seorang pengacara televisyen yang dilaporkan hilang telah tular di media sosial.
A
A
A

CHERAS - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes sebuah kereta milik seorang pengacara televisyen hilang di tepi jalan di sebuah kondominium di Taman Mutiara Barat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, wanita berusia 24 tahun itu telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kes kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir di kawasan itu.

"Kita telah merakam percakapan wanita itu, malah pegawai penyiasat telah pergi ke lokasi untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamed Mokhsein memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: