Liverpool terus kebal

Liverpool terus cemerlang di Anfield melebarkan rekod tanpa kalah kepada 65 perlawanan.
Liverpool terus cemerlang di Anfield melebarkan rekod tanpa kalah kepada 65 perlawanan.
A
A
A

LIVERPOOL terus melebarkan rekod tanpa kalah di laman sendiri selepas menewaskan Wolverhampton Wanderes 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan The Reds belum tewas dalam 65 perlawanan EPL di laman sendiri dengan 10 kali seri.

Kali terakhir pasukan kendalian Jurgen Klopp itu tewas adalah pada 23 April 2017 ketika menentang Crystal Palace.

Catatan positif itu memastikan Liverpool berpeluang mempertahankan kejuaraan EPL dengan ketika ini berada di kedudukan kedua liga dengan 24 mata dibezakan jaringan gol dengan pasukan di kedudukan pertama, Tottenham Hotspur.

Bagi Klopp, Liverpool bagaikan mendapat tonik tambahan apatah lagi dengan kehadiran semula penyokong yang akan terus membuatkan pasukan itu bersemangat mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sediri itu.

"Perlawanan dan atmosfera ia sangat bagus. Mereka (penyokong) bermula dengan menyanyikan lagu 'You'll Never Walk Alone'. Ia satu perasaan yang sangat bagus selepas sekian lama.

"Keadaan tanpa penyokong ini sudah bermula sejak Februari dan kami menunggu keadaan untuk kembali normal. Saya tidak rasa kita menghargainya seperti ini sebelumnya. Ia amat menyentuh perasaan dan ia sangat menyentuh perasaan," katanya.

Terdahulu, pihak Liga Perdana telah membenarkan seramai 2,000 penyokong untuk masuk ke stadium dalam fasa percubaan sebelum membenarkan lebih ramai penyokong hadir ke stadium.

Artikel Berkaitan:

Dalam perlawanan itu, Mohamed Salah membuka tirai jaringan di pertengahan babak pertama sebelum Georginio Wijnaldum, Joel Matip serta jaringan sendiri Nelson Semedo memastikan tiga mata berharga buat Liverpool.

"Ada beberapa cabaran sebelum perlawanan dengan Wolves bermain sistem yang berbeza. Saya memberikan informasi kepada pemain cara memberikan tekanan kepada lawan dan mereka berjaya melakukannya. Ia adalah keputusan terbaik kami ketika menentang Wolves," kata Klopp.