Hanya ini yang tinggal...

Hantaran di akaun Facebook Norhayati menunjukkan sebahagian not wang yang dijumpai dengan kesan terbakar selepas insiden kebakaran di Uptown Puchong Permai.
Hantaran di akaun Facebook Norhayati menunjukkan sebahagian not wang yang dijumpai dengan kesan terbakar selepas insiden kebakaran di Uptown Puchong Permai.
A
A
A

PUCHONG - Salah seorang pemilik lot kedai yang terlibat dalam kebakaran di Uptown Puchong Permai menemui beberapa belas keping wang yang disimpan di dalam premis perniagaannya.

Sayangnya, kesemua wang terbabit, yang kebanyakannya dalam not RM50, dijumpai dengan kesan terbakar namun nombor siri pada not berkenaan masih jelas tertera.

Pemilik kedai gunting rambut, Norhayati Aziz berkata, dia menjumpai wang yang terbakar itu di dalam premisnya ketika mengikuti tinjauan selepas insiden bersama salah seorang pekerjanya.

"Kebetulan kedai saya paling depan, jadi saya cuba masuk dan kuis-kuis di tempat simpan wang, ada juga yang disimpan di celah buku. Cari-cari... akhirnya ada jumpa beberapa belas keping not RM50, RM20 dan RM10 yang tidak terbakar sepenuhnya.

"Setelah saya periksa dan tengok nombor siri pada wang yang terbakar itu masih ada kerana kesan terbakar hanya pada sekelilingnya. Tapi wang yang dalam bekas simpanan memang semua hangus sebab bekas simpanan itu dibuat daripada plastik, anggaran dalam RM300 jugalah yang hangus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Norhayati berkata, kesemua wang berkenaan yang masih tercatat jelas nombor siri bernilai lebih RM800 dan dia telah berhubung dengan pihak Bank Negara bagi proses menukar semula kepada not baharu.

"Saya pun baru balik dari Bank Negara, tapi mereka belum bagi tahu status keputusan macam mana, tapi memang saya dah pergi untuk tukar sebab nombor siri semua ada, cuma mereka beritahu ada tiga kemungkinan kategori dalam soal ini (tukar wang baru).

"Pegawai di sana kata tadi, kalau not berkenaan kurang separuh terbakar atau rosak akan dapat penuh. Kalau satu pertiga atau separuh maka akan dapat nilai separuh daripada nilai asal, atau pun lagi satu memang tak akan dapat tukar.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini belum ada keputusan lagi, mungkin akan ambil sedikit masa," katanya.