Pelanggan restoran dipukul kerana parkir

Tiga lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong malam tadi. - Gambar hiasan 123RF
Tiga lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong malam tadi. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang oleh kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 30 tahun bersama isterinya sedang menjamu selera apabila didatangi lelaki dalam keadaan mabuk sebelum memukul mangsa.

Menurutnya, mangsa dipercayai diserang kerana meletak keretanya secara ‘double parking’ sehingga kereta suspek tidak dapat keluar dari petak parkir di hadapan restoran tersebut.

“Mangsa dicekik oleh salah seorang suspek yang kemudian memanggil tiga lagi rakan mereka untuk datang ke lokasi.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa beredar untuk mengalihkan keretanya dan semasa berada di dalam kereta, seorang lagi suspek memegang pengunci stereng kereta, seolah-olah mahu memukulnya menyebabkan mangsa panik dan terlanggar sebuah kereta lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti enam suspek dalam insiden tersebut dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat. - Bernama

Artikel Berkaitan: