X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Zahid elak komen, Nazri kata 'ok'

Ahmad Zahid (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.
A
A

IPOH - "Semuanya ok, beres," itu komen ringkas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ditemui selepas selesai mesyuarat khas UMNO Perak, di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini hari ini.

Ditanya lanjut mengenai butiran mesyuarat itu, beliau bagaimanapun enggan mengulas sebaliknya meminta media menunggu kenyataan rasmi daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain Mohamed Nazri, turut kelihatan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau juga turut mengelak memberi sebarang ulasan mengenai mesyuarat khas tersebut.

Antara yang turut keluar dari bangunan tersebut, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din dan beberapa ketua UMNO bahagian yang lain.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang tiba-tiba turun dari lif turut diserbu media untuk mendapatkan penjelasan mengenai mesyuarat tersebut, namun beliau enggan memberi sebarang kenyataan sebaliknya meminta media menanti Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk sebarang kenyataan media.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Ahmad Zahid hadir mesyuarat khas UMNO Perak

ADUN UMNO tiba untuk mesyuarat bersama Ahmad Zahid

Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

'Akui terasa hati, tapi harap PN Perak tak pecah'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!