X

Kindly register in order to view this article
!

Tolak Bersatu punca Ahmad Faizal dijatuhkan: Isham

Isham Jalil
A
A

SHAH ALAM – Hampir semua wakil rakyat di Perak secara bipartisan tanpa mengira parti menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi punca Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu hari ini.

Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mendakwa, UMNO Perak menolak Bersatu kerana melihat parti itu tidak ikhlas dengan hubungan di peringkat negeri dan nasional.

“Ini ditunjukkan apabila lebih 80 peratus daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menolak beliau.

“DAP dan PKR pula menolak Bersatu kerana parti itu dikatakan mengkhianati mereka.

“Siapa yang ingin berkawan dengan orang yang tidak ikhlas dan khianat. Jika mereka pernah khianat sebelum ini, mereka akan khianat lagi nanti, tidak kira dengan siapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas usul undi percaya yang dikemukakan ADUN dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim pada sidang DUN negeri itu, pagi ini.

Dalam undi belah bahagi itu, seramai 59 ADUN telah membuat undian dengan keputusan 48 tidak bersetuju, 10 bersetuju dan seorang berkecuali.

Melalui keputusan itu, secara automatik Ahmad Faizal hilang kedudukan sebagai Menteri Besar Perak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, tidak mustahil situasi di Perak akan berlaku di negeri lain.

“Yang berlaku di Perak ini ialah prelude kepada apa yang akan berlaku di Parlimen kelak.

“Ia tidak lagi boleh dielakkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] UMNO bentuk kerajaan dengan Amanah jika...

PKR Perak nasihat Peja 'muhasabah diri'

'Ada pihak pujuk ADUN tolak undi percaya MB Perak'

MB Perak hilang sokongan majoriti


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!