[VIDEO] UAE lancar satelit Falcon Eye 2 ke angkasa
DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan satelit peninjau keempat, Falcon Eye 2, berlepas dengan roket Soyuz Rusia dari Pusat Angkasa Guiana di Guyana Perancis, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut agensi berita WAM, Falcon Eye 2 yang dilengkapi sistem Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRI) akan berada di orbit rendah bumi selama 10 tahun, merakamkan imej bumi untuk dihantar ke stesen kawalan.
Falcon Eye 2, satelit ke-12 milik UAE yang memasuki orbit. Seberat kira-kira 1,190 kilogram (kg) dan akan ditempatkan di orbit segerak matahari pada jarak 611km dari bumi.
Direka untuk Angkatan Tentera UAE oleh konsortium Airbus Defence and Space dan Thales Alenia Space, Falcon Eye 2 akan menghantar data ke stesen kawalan bagi tujuan pemetaan, pemantauan pertanian, perancangan bandar dan pemantauan perubahan alam sekitar, membantu perancangan tindak balas untuk bencana alam, dan memantau sempadan darat dan pesisir pantai UAE.
Falcon Eye 2, satelit kedua untuk sistem satelit Falcon Eye. Satelit pertama, Falcon Eye 1, dilancarkan pada Julai tahun lalu tetapi hilang di angkasa setelah roket Vega Eropah yang membawanya tersasar dari orbit dua minit sejurus berlepas.
Pelancaran Falcon Eye 2 juga ditangguhkan beberapa kali sebelum ini berikutan cuaca buruk dan pandemik Covid-19. - Bernama
Lima tentera, tiga orang awam terbunuh helikopter terhempas
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Ancaman Israel serang Rafah boleh cetus konflik dengan Mesir
Runtuhan bangunan di Gaza ambil masa 14 tahun untuk dialihkan
Pelancong China mirip Ustaz Azhar Idrus
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Murid SJKC raih 8A UPKK, petah berbahasa Inggeris
'Spiderman', 'Spiderwomen' dicekup polis