Teleskop dalam filem James Bond jatuh

Teleskop Arecibo terjatuh ke dalam sebuah piring radio di Arecibo, Puerto Rico semalam. - Foto AFP
Teleskop Arecibo terjatuh ke dalam sebuah piring radio di Arecibo, Puerto Rico semalam. - Foto AFP
A
A
A

ARECIBO - Sebuah teleskop yang merupakan antara yang terbesar di dunia dan pernah muncul dalam sebuah filem James Bond, Golden Eye terjatuh di Puerto Rico pada pagi semalam.

Teleskop Arecibo yang telah membuat banyak penemuan astronomi sejak tahun 1960-an runtuh apabila platform penerima yang seberat 900 tan jatuh dari ketinggian 140 meter ke dalam sebuah piring radio.

Sebelum ini, para jurutera telah memberi amaran tentang struktur teleskop itu yang lemah dan Yayasan Sains Kebangsaan (NSF) mengumumkan bulan lalu bahawa ia akan meleraikan struktur teleskop itu.

"Kami boleh mengesahkan bahawa platform teleskop itu terjatuh dan kami menerima laporan tiada kecederaan dilaporkan," kata jurucakap NSF, Rob Margetta kepada AFP.

Teleskop itu dipaparkan dalam filem Golden Eye lakonan Pierce Brosnan sebagai James Bond.

Gambar fail menunjukkan Teleskop Arecibo sebelum ia jatuh di Arecibo, Puerto Rico. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Teleskop Arecibo sebelum ia jatuh di Arecibo, Puerto Rico. - Foto AFP

Sebuah filem Hollywood berjudul Contact menunjukkan aktres Jodie Foster yang berlakon sebagai ahli astronomi menggunakan teleskop itu dalam usahanya untuk mencari signal daripada makhluk asing.

Pengarah Makmal Gerakan Planet Boleh Didiami, Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, platform teleskop itu jatuh sebelum pukul 8 pagi waktu tempatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau menganggap kejadian itu sebagai satu 'malapetaka'.

"Ramai pelajar yang belajar astronomi di Balai Cerap Arecibo. Kehilangan teleskop Arecibo merupakan satu kehilangan yang besar kepada dunia tetapi lebih besar lagi buat Puerto Rico.

"Teleskop itu merupakan satu ikon untuk pulau kami," tambahnya.

Ia telah beroperasi selama 57 tahun sehingga Ogos lalu.

Para saintis telah melobi kepada NSF untuk menukar keputusannya yang mahu menutup tapak tersebut. - Agensi